Jalan Dakwah Habib Ahmad Masyhur, yang berhasil mengislamkan ratusan ribu penduduk Afrika

habib1
Al-Habib Ahmad Masyhur al-Haddad dilahirkan di kota Qaidun yang terletak di Wadi Dau’an, Hadhramaut Yaman sekitar tahun 1325 H (1907 M), oleh ibunya, Hababah Shofiyyah binti Thohir al-Haddad. Ayahanda beliau, Habib Thoha bin ‘Ali al-Haddad adalah seorang ulama, yang menghabiskan sebahagian besar usianya di Indonesia.

Pendidikan

Al-Habib Ahmad Masyhur mendapat pendidikan di Ribath Qaidun dari dua ulama besar dari keluarga al-Haddad yang merupakan pendiri rubath tersebut yaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad (wafat 1367 H) dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad (wafat 1382 H).

Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tauhid, tasawwuf, tafsir dan hadits. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai disiplin ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut.

Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana, diantaranya al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Umar asy-Syathiri (wafat 1361 H), al-‘Allamah al-Habib ‘Abd al-Baari bin Syeikh al-Aidarus dan lainnya.

Tatkala usia Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad menginjak 20, beliau telah dibawa oleh gurunya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di Indonesia selain berdakwah, beliau bertemu dan meneruskan pengajian dari kalangan Saadah ‘Alawiyyin di sana.

Kemudian beliau pergi ke Mukalla (Ibu kota Provinsi Hadhramaut sekarang) untuk belajar kepada al-‘Arifbillah al-Habib Ahmad bin Muhsin al-Haddar. Beliau adalah salah satu guru yang banyak memberi kesan dari sudut rohani kepada al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad.

kenya1

Berdakwah ke Afrika

Pertama kali al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad mengembara ke Afrika Timur untuk berdakwah ialah pada tahun 1347H. Beliau memasuki walayah Zanzibar dan disambut dengan penuh penghormatan. Ketika itu di Zanzibar terdapat seorang ulama bernama al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith. Pada bulan Ramadhan, al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad tinggal di Masjid Jami’ dan mengajar tafsir al-Quran.

Pada tahun 1375H (1955), beliau berhijrah ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Selama berdakwah Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih memanfaatkan waktu dan tenaga beliau, untuk menyeru umat kepada agama yang diridhai Allah.

Beliau menembus hutan dan melintasi gurun untuk sampai ke perkampungan-perkampungan di Afrika seperti kawasan daerah Aqzam, sebuah kawasan pedalaman yang terpencil di Conggo. Dan hasil dari kegigihan dan kesungguhan beliau berdakwah, sepanjang berada di bumi Afrika, ratusan ribu yang memeluk Islam ditangan beliau.

Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangun sejumlah masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana. Untuk memudahkan usaha dakwahnya, beliau mempelajari bahasa Swahili yaitu bahasa yang digunakan oleh penduduk Timur Afrika. Dalam pergaulan sehari-hari, beliau mengunakan bahasa Swahili untuk berkomunikasi.

Wafat

Pada penghujung hayatnya, beliau sering bolak balik dari Afrika ke Makkah dan Madinah. Tatkala usia beliau semakin lanjut, beliau memilih untuk menetap di Jeddah bersama ahli keluarga beliau. Pada hari Rabu, 14 Rajab 1416 H / 6 Disember 1995 M, di Jeddah dalam usia hampir 90 tahun, beliau kembali kerahmatullah. Jenazah beliau disholatkan di Jeddad, kemudian dibawa ke Makkah dan disholati lagi di hadapan Ka’bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Hauthah Saadah al-‘Alawiyyin di Jannatul Ma’la.

Sumber :
indo.hadhramaut.info

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s