Peradaban Melayu Telah Wujud di Abad Kedua Sebelum Masehi


Dalam buku sejarah kuno China, terdapat sebuah catatan geografi dalam Kepustakaan Dinasti Han, Hon Shu Oi Li Zhi, menyatakan pada zaman Maharaja Han Wu Di, yang hidup pada tahun 140 hingga 87 SM, sudah dibuka perjalanan dari China ke India, melalui Semenanjung Tanah Melayu. Maksudnya, pada abad kedua SM sudah wujud perhubungan China dengan Alam Melayu, iaitu sudah ada manusia yang dipanggil Melayu. Sudah wujud suatu peradaban yang jangan diremehkan.

Berikutnya, bahagian selatan China pernah menjalin perhubungan dengan Tenggara Asia. Maharaja Sun Quan, 222 hingga 252 M pernah mengirim Zhu Ying dan Kang Tai bagi menjalin muhibah dengan beberapa negeri di Alam Melayu. Malah Zhu Ying menulis sebuah buku yang berjudul Fu Nan Yi Wu Zhi, iaitu Barang-Barang Aneh di Funan, dan Kang Tai pula menulis sebuah buku, Wu Shi Wai Guo Zhuan iaitu Hikayat Negeri-Negeri Asing pada Masa Kerajaan Wu. Mereka membuat catatan rapi mengenai negeri-negeri di Alam Melayu. Inilah dokumentasi sejarah terawal mengenai peradaban Melayu dalam abad ke-3. Walaupun buku ini sudah musnah, tetapi ada kutipan-kutipan daripada buku ini yang dapat ditemui dalam buku sejarah berikutnya.

Dalam kebayakan catatan sejarah, kunjungan seorang sami Buddha I-Tsing, ke Sriwijaya pada tahun 671 M, iaitu pada zaman Maharaja Tang, adalah termasyur. Apabila I-Tsing singgah di Sriwijaya dalam pelayaran ke India, beliau mendapati pengajian dalam bidang agama, budaya dan bahasa sudah mencapai tahap yang sangat manju. Oleh sebab itu beliau tinggal di Sriwijaya dan belajar sebagai persiapan sebelum meneruskan pelayaran ke India. Oleh sebab kejayaan beliau itu, I-Tsing menasihatkan para sami Buddha dari China supaya “singgah di Sriwijaya selama satu atau dua tahun bagi mempelajari ilmu Buddha tersebut sebelum pergi ke India.” Akibatnya, ramai sami Buddha China ini singgah di Sriwijaya da nada yang tidak mahu balik pulang ke Guangzhou semula. I-Tsing sangat menyedari kepentingan bahasa Melayu, Kunlun, dan mempengaruhi sami Buddha China yang lain supaya tinggal di Sriwijaya dan mempelajarinya.

Sumber:
PERADABAN MELAYU ITU SUDAH LAMA WUJUDNYA 
Merupakan kertas kerja Abdullah Hassan bertajuk “Kepulauan Riau sebagai Tempat Asal Bahasa Nasional Indonesia” disampaikan pada 2 Agustus 2010, di Universiti Maritim Raja Ali Haji, Tanjungpinang, Riau.

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s